Sila masukkan maklumat yang diperlukan. Pihak kami akan mula menggunakan Buku Pelawat yang baru ini bermula 1 Oktober 2008. Sila awasi kata-kata anda. Kami merakam semua IP pelawat ke dalam Buku ini. Tindakan akan diambil bagi para pelawat yang melanggar peraturan.
Pihak kami hanya akan memaparkan tulisan anda selepas disemak. Harap Maklum.
TAN HUI YING ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): TAKLIMAT PENEMPATAN GURU BARU SEKOLAH RE...
Melalui taklimat ini, saya mengetahui struktur organisasi Pejabat Pelajaran Daerah Kulai dan juga pegawai bidang-bidang tertentu yang boleh dihubungi jika saya menemui sebarang pertanyaan. Lapan perwatakan guru yang berkualiti dan dua b
Selasa, 17 Ogos 2010 23:58
Teo Chia Chia ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Taklimat Penempatan Guru Sekolah Rendah ...
Melalui taklimat ini, saya telah mengetahui secara lebih mendalam mengenai struktur organisasi pejabat pelajaran daerah kulai. Ini akan memudahkan kami semasa mengendali segala urusan di sekolah pada masa akan datang. Penceramah juga banyak berkongsi pengalaman tentang cara untuk menjadi seorang guru berkualiti. Pelbagai ciri-ciri guru berkualiti akan menjadi contoh teladan kepada kami untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.
Sebagai seorang guru yang professional, kami juga perlu mengetahui keperluan seseorang murid dan tugas sebagai seorang guru. Berdasarkan taklimat yang diberikan oleh penceramah, kami lebih memahami keperluan seseorang murid dan tugas sebagai seorang guru.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas usaha pihak berkuasa dan guru besar yang menyambut kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.
Selasa, 17 Ogos 2010 20:48
mey nee ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): peringatan yang ikhlas
salam sejahtera. saya telah mendapat beberapa perkara tentang peringatan yang baik dalam taklimat penempatan guru sekolah rendah yang disampaikan oleh pegawai ppd kulai. peringatan yang begitu ikhlas haruslah diingat oleh semua guru-guru pada diri mereka.
Isnin, 16 Ogos 2010 18:30
mohd fuad superi ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): penempatan guru
jam 8 pagi hingg 12.30 tengahari hari ini adalah taklimat penempatan guru baru kpli ambilan jun 2009 dan j-QAf. ada beberrapa pesanan dan amanat penting yang telah disampaikan kepada bakal guru. semuanya berkaitan dengan profesion menjadi seorang guru cemerlang berdasarkan etika-etika profesion guru. ribuan terima kasih diucapkan kepada PPD kulaijaya diatas semangat yang telah diberikan..semoga segala pesanan yang diberikan akan dapat dilaksanakan dgn penuh dedikasi..
Isnin, 16 Ogos 2010 16:20
mariff8 ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Waktu balik bulan puasa..
Saya nak bertanya, bilakah waktu balik persekolahan sesi petang bagi bulan puasa? Adakah 5.30 atau 5.45?
Webmaster:
Surat Makluman berkenaan perkara ini telah diberi kepada semua sekolah. Mohon tuan dapatkan maklumat daripada pihak pengurusan sekolah tuan.
Isnin, 09 Ogos 2010 17:32
Guest: Blog UPI Terkini
Assalamualaikum.. Blog Unit Pendidikan Islam Daerah Kulai yang terkini ialah http://upippdkulaijohor.blogspot.com/ terima kasih
Jumaat, 06 Ogos 2010 08:45
Guest ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): guru ganti
saya ada mohon guru ganti....ble bleh dapat.
Daripada Webmaster:
Tuan/puan akan dihubungi sebaik sahaja permohonan diluluskan.
Nota:
Pengisian Guru Ganti tertakluk kepada banyak faktor, antaranya adalah peruntukan, keperluan dan kekosongan.
Harap maklum
Selasa, 20 Julai 2010 13:06
Noorhizam bin Arman ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Terima kasih rakan-rakan
kepasa semua rakan seperjuangan di SMK Taman Putri...terima kasih atas segala segala baik tuan-tuan dan puan-puan kepada saya selama ini...terima kasih atas segala sokongan, atas segala pemberian...segala budi baik itu tak dapat saya balaskan kepada Allah jua saya serahkan...semoga persahabatan kita sentiasa berkekalan.
Selasa, 13 Julai 2010 08:43
Pn.Ling May Kim ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): elapor dan pautan blog sekolah
Selamat sejahtera,saya telah hantar berita sekolah melalui elapor. Saya buat ikut syarat yang ditetapkan tetapi sehingga hari ini masih tidak dipaparkan berita sekolah saya.saya cadangkan supaya diberitahu apakah kesilapan yang menyebabkan berita sekolah tidak dipaparkan.ini memberi peluang kepada saya untuk membuat pembetulan.Perkara yang kedua ialah saya telah membuat blog sekolah dan laman web ialah www.sjkckulai1.blogspot.com,saya diharapkan dapat dipautkan dengan laman web ppd kulaijaya.Sekian,terima kasih.
Webmaster:
Dukacita dimaklumkan bahawa server yang memuatkan elapor sedang dalam proses pembaikan. Semua berita yang telah dihantar akan dimasukkan sebai9k sahaja proses tersebut selesai.
Selasa, 29 Jun 2010 18:15
Azizah Othman ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Jawatan F41
Tuan/puan,
Adakah terdapat jawatan bg F41 Pegawai teknologi maklumat di PPD Kulai?
Terima kasih.
Dari Webmaster:
Buat masa ini belum ada lagi jawatan tersebut di semua PPD di Malaysia. Ia hanya ada di JPN dan KPM sahaja. Harap menjawab soalan.
Isnin, 17 Mei 2010 11:30
JALALUDDIN ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Rangking website
assalamualaikum dan salam 1 malaysia.
saya mohd jalaluddin bin ahmad juruteknik komputer dari SK Jementah Segamat. saya nak tanya siapa yang buat website rangking menggunakan Aardvark Topsites PHP. kalau boleh saya ingin belajar cara untuk membuatnya.
sekian terima kasih
Dari Webmaster:
Telah saya emailkan maklumat berkenaan kepada tuan, terima kasih.
Jumaat, 14 Mei 2010 10:53
Muhammad Najib b. Mokhtar ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Sampaikan Ucapan Hari Guru 2010 SK Banda...
Khamis, 06 Mei 2010 11:32
Najib ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Perkongsian Pintar
Tahniah, Website PPD kulai yang sungguh berinformasi dan sentiasa di update.
Saya mencadangkan supaya website ini juga memaparkan link kepada website sekolah, website unit , panitia dan apa saja website atau blog yang dibina oleh guru/sekolah dalam daerah Kulaijaya ini.
Ini dapat mempromosikan kekuatan ICT dalam pendidikan daerah Kulaijaya kepada semua, Sekaligus dapat memudahkan semua pihak berkongsi dan mendapatkan maklumat.
Terima Kasih
Rabu, 05 Mei 2010 22:49
PUTERI BUNIAN ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): mcm x percaya
mcm x percaya portal PPD bertukar wajah. Ingat tersalah portal. Tahniah pd webmaster kerna sentiasa up to date portal. Pembaharuan wajah ini lebih memudahkan kami para guru. Tahniah sekali lagi. Harap dapat menerbitkan tema Hari Guru 2010 dan nyanyiannya seperti tahun 2009. Sronok sgt thn lepas nyanyi sama2 kwn
Rabu, 05 Mei 2010 20:40
MOHD AZMI ABDUL RAHMAN ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Penampilan Baru
Tahniah dengan rekaletak dan design terkini portal PPD Kulai. Lebih menarik dan tersusun kemas. Teruskan usaha ke arah kecemerlangan. Boleh dijadikan contoh portal yang mesra pengguna.
Isnin, 26 April 2010 07:25
Muhammad Najib b. Mokhtar ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Portal Web Rasmi SK Bandar Putra
Portal Web Rasmi SKBP sedia untuk dilayari untuk mendapatkan informasi terkini.
Sebarang teguran dan pendapat sila tulis di Buku Pelawat.
Terima kasih.
Sabtu, 13 Mac 2010 15:07
MUKHTAR BIN DAUD ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): TAHNIAH
Assalamualaikum,
Syabas PPD Kulai kerana menyediakan laman web ini. Dengan adanya laman web ini dapatlah saya mengikuti perkembangan rakan-rakan seperjuangan saya iaitu En. Ithnin, Kak Zah, Pn. Hida, Linda, Kak CT, Hj. Subari dan sifu Malek serta bos-bos yang pernah berkhidmat di tempat saya bertugas dulu iaitu Bos Rahman ( Kaunselor ) dan Bos Saoud. Kenangan saya di PPD Kulai tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya kerana di PPD Kulai lah saya mula-mula sekali berkhidmat dan segala ilmu yang diberikan oleh pegawai-pegawai dan staf sokongan dapat lah saya menguruskan kerja saya dengan lebih berkesan.Terima kasih untuk kalian semua.
PPD Kulai sentiasa D' HATIKU
Sekian terima kasih.
MUKHTAR BIN DAUD ( Budak Kelate )
Mantan Pembantu Tadbir
SK Kangkar Pulai - Jan. 06 hingga Jun 2002
SMK Kangkar Pulai - Jun 2002 hingga Jun 2003
Ahad, 28 Februari 2010 13:07
En Juradi Bin Durjari ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Portal Penatia Kemahiran Hidup, SK Felda...
Assalamualaikum,
Untuk pengetahuan pihak PPD dan pengunjung Portal PPD kulai ini. Penatia Kemahiran Hidup Sk Felda Pengeli Timur telah melancarkan website yang berkaitan dengan Kemahiran Hidup Sekolah rendah. Sila layari www.khskpt.com untuk maklumat lanjut.
sekian,



Jumaat, 19 Februari 2010 16:24
rafidah kamis ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): terima kasih Kulaijaya
Setelah 5 tahun berkhidmat di SMK Kelapa Sawit, saya terpaksa mohon bertukar kerana mengikut suami. Terima kasih kepada PPD Kulai yang banyak membantu saya sepanjang karier di Johor, terutama dalam bidang nasyid dan teater SMKKS. Harapan saya, teruslah menyokong usaha yg pernah saya lakukan untuk memartabatkan nasyid daerah Kulaijaya.Saya tinggalkan SMKKS dengan hati yg berat dan dgn harapan utk kembali lg berkhidmat di sekolah yang sama jika diizin Allah. SMKKS lh yang membentuk sy utk trs menjadi insan yang cemerlang...terima kasih semua...
Dari webmaster:
Selamat menjalankan tugas di tempat baru dan terima kasih atas segala jasa puan memajukan pendidikan daerah Kulai.
Jumaat, 19 Februari 2010 12:35
Mohd Ruzaini ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Tawaran Kursus Dalaman
Saya menawarkan diri untuk 'majlis perkongsian ilmu' bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru Tajuk kursus 'Worksmart With Your PC'. Modulnya 1. OCR - menyediakan nota, latihan dll tanpa menaip. 2. OMR - menanda dan membuat analisis item dengan menggunakan kamera notebook / PC , digital atau scanner. 3. Pembelajaran interaktif dengan menjadikan skrin, whiteboard atau dinding sebagai layar sesentuh interaktif. 4. Teknik P&P '4smart'. Sekiranya berminat bolehlah email saya. Terima kasih.
Selasa, 16 Februari 2010 09:16