Perkhidmatan Online PPD Kulai mengandungi:
1. E-Takwim JPNJ:
Takwim Perjalanan Aktiviti Pendidikan Negeri Johor. Pengguna boleh melihat semua aktiviti yang dirancang oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat-Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor.
2. E-Gerak (akan datang):
Sistem Pengesanan Pergerakan Pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Sistem ini akan diperpanjangkan ke pringkat sekolah.
3. E-Kehadiran (akan datang):
Sistem Pelaporan Kehadiran Pelajar, Guru dan Kakitangan sekolah-sekolah dalam daerah Kulaijaya.
4. E-Aduan:
Sistem Aduan untuk semua pengunjung menyatakan masalah dan isu yang dihadapi kepada pihak pengurusan PPD Kulai. Semua pengadu perlu memasukkan maklumat yang sah bagi memudahkan kami membuat siasatan. Maklumat dan Profil pengadu yang meragukan tidak akan dilayan.
Perkhidmatan Online ini akan ditambahbaik dari masa ke semasa. Maklumbalas dari pengguna amat kami hargai.


