Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

[ Kembali ] Home
Breadcrumbs
Laman Utama Makluman Sekolah Audit MS ISO 9001:2008 PPD Kulai
Audit MS ISO 9001:2008 PPD Kulai
Makluman - Sekolah
Ditulis oleh Suhaimi Shaarani @ Tan  
Khamis, 08 Julai 2010 09:48

Khamis, 7 Julai 2010 - Pejabat Pelajaran Daerah Kulai telah melaksanakan Audit MS ISO 9001:2008 dengan kehadiran 5 Juruaudit iaitu Tuan Hj Ahmad bin Awang: Timbalan PPD Kluang, Tuan Haji Khalid bin Hj Hashim: Penyelia Kanan Unit Rendah JPNJ, Encik Mohamaed Shuhaimi bin Abd Rashid: Penolong Pengarah SPK JPNJ, En Mohamad Hakim bin Sohaili: Penolong Pengarah SPI JPNJ dan En Sulaiman bin Amir: Penolong Pengarah Pembangungan JPNJ.

Warga PPD Kulai amat berbesar hati di atas kehadiran para Juruaudit dan mengucapkan terima kasih di atas semua input yang telah diberikan. Tuan Haji Bahrom bin Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai di dalam ucapannya mengingatkan kepada semua pegawai dan kakitangan agar menerima semua nasihat yang diberi dari sudut positif bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam menjalankan tugas seharian.

Ketua Juruaudit, Tuan Haji Ahmad bin Awang pula di dalam laporannya mengucapkan tahniah kepada warga PPD Kulai di atas keakuran kepada semua Prosedur Manual Kualiti yang telah diaudit.

Tahniah kepada semua warga PPD Kulai dan terima kasih kepada Pasukan Juruaudit yang menjalankan tugas mereka dengan jayanya.

Komen (0)add comment

Tulis komen.

busy
LAST_UPDATED2
 

© 2010 Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Mobile version by Kuneri Mobile Joomla!

Mobile Version | Standard Version