![]()
Pertandingan Robotik Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Johor telah dijalankan pada 26 dan 27 Jun 2010 di PERSADA Johor sempena MISTI Johor 2010. SMK Bandar Putra telah mengungguli dua kategori semasa pertandingan tersebut.
SMK Bandar Purta menjadi Johan Kategori Treasure Hunt yang diwakili oleh Chan Yan Yong, Leong Zi Ming dan Fatin Syamimi Binti Amirudin. Peserta SMK Bandar Putra juga menjadi Naib Johan kategori Treasure Hunt yang diwakili oleh Muhammad Syafiq Bin Mohd sabtu, Muhamad Hanis Bin Abdul Hafidz dan Chong Chuang Lai.
SMK Bandar Putra juga menjadi Johan Kategori Terbuka (Menengah Atas) yang diwakili oleh Muhamed Nadzri Bin Mohamed Sazali, Ungku Syafiq Bin Ungku Yacob dan Muhammad Rusydi Bin Zaidan. Pasukan Robotik SMK Bandar Putra dipimpin oleh Pn. Rosmawati Binti Mohamed.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor.
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada semua warga SMK Bandar Putra atas kejayaan pasukan robotik di pertandingan peringkat negeri Johor sempena MISTI Johor.











