![]()
Kulaijaya 2 Jun - Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor telah menjalankan penilaian Sekolah Lestari Alam Sekitar (SLAAS) peringkat negeri Johor di SMK Taman Putri, Kulai yang mewakili Parlimen Kulai dan Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Penilaian tersebut dijalankan pada 2 Jun 2010 oleh panel penilai daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Puan Shamiah Binti Ismail, Pengetua SMK Taman Putri membentangkan program Sekolah Lestari Alam Sekitar. Turut hadir semasa penilaian tersebut ialah Tuan Haji Kamarudin Bin Mohamad Tahir (Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor), En. Azmi Bin Abu (Penolong Pengarah Koakademik Jabatan Pelajaran Johor), Penolong- Penolong Kanan, Ketua Bidang dan guru-guru SMK taman Putri.





