Thursday, Sep 09th

Terakhir Dikemaskini:07:41:15 AM GMT

Anda Di: Berita Kemanusiaan Pertandingan Zapin Daerah Kulaijaya Tahun 2010

Pertandingan Zapin Daerah Kulaijaya Tahun 2010

E-mail Cetak PDF

alt

Kulaijaya 10 Mei-  Pejabat Daerah Kulaijaya dan Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Jabatan-Jabatan Kerajaan di daerah Kulaijaya telah menganjurkan pertandingan Zapin peringkat daerah Kulai yang diadakan di TJ Mart, Salen pada 8 Mei 2010.. Acara yang dipertandingkan dibahagikan kepada kategori Terbuka, Jabatan Kerajaan, Mukim, Sekolah Menengah, Sebanyak 13 pasukan menyertai kategori sekolah rendah, manakala 8 pasukan menyertai kategori sekolah menengah. Pasukan yang mencul sebagai johan setiap kategori akan mewakili daerah Kulaijaya ke peringkat negeri yang akan diadakan pada bulan ogos.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH

Johan          : Sekolah Kebangsaan Senai Utama

Naib Johan: Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pulai

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

Johan         : Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra

Naib Johan: Sekolah Menengah Kebangsaan Senai.

Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh YB Hj. Kamaruzaman Bin Ali (ADUN Bukit Permai). Turut hadir dimajlis tersebut ialah Tuan Zulkipli Bin Yahya(Ketua Polis Daerah Kulaijaya), En. Mohd Rosli Bin Mohd Othman (Penolong PPD Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai), Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Masyarakat, Penghulu-Penghulu dan masyarakat setempat.

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

Komen (1)add comment

aisyah said:

syabas!!
assalamialaikum,,saya ingin mengucapkan tahniah keatas kejayaan sekolah k dan m senai utama..
trime kaseh gak bab da mgharumkn nme skola..krg nyer psembahan syok gleerr ar..*lastly,,smoge krg bjaye lgi pd taon akn dtg..*
k,,bye3..salam..*

TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH..SYABAS KERANA TEAH MENDAPAT JOHAN N NAIB JOHAN 4 S.K. N S.M.K SENAI UTAMA..smilies/wink.gifsmilies/wink.gifsmilies/wink.gifsmilies/wink.gif
July 18, 2010 | url

Tulis komen.

busy