![]()
Amizan Bin Mohamed 29-04-2010
|
Dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan pengauditan kemudahan fizikal di sekolah-sekolah Negeri Johor. Pengauditan ini bertujuan untuk mendapatkan data dan maklumbalas berhubung kemudahan fizikal yang terdapat di sekolah. Maklumat berkaitan kemudahan fizikal sekolah akan diperolehi daripada Sistem EMIS Online. Sehubungan itu, pihak sekolah hendaklah mengemaskini data-data kemudahan fizikal yang terdapat di premis masing-masing dalam Sistem EMIS Online di alamat : http://apps.moe.gov.my/emisportalbaru sebelum atau pada 07 Mei 2010. Pengemaskinian maklumat kemudahan fizikal sekolah mengikut Instrumen Panduan. Sila Klik (Muat turun bahan). Bagi sekolah yang tiada capaian internet, pihak sekolah boleh mengemaskini data EMIS di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) atau Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang berhampiran. Untuk memastikan pengemaskinian data berjalan dengan lancar, Jabatan Pelajaran Johor meminta kerjasama PPD untuk membantu dalam pemantauan pengisian data oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa. Perhatian dan tindakan segera dari pihak tuan dalam melaksanakan perkara ini amat dihargai. *Sila klik winrar untuk muat turun compression tool.
